Antara Kamera Astamatik & Single Lens Reflek

Soalan:

from: "mujahid" <fir83@hotmail.com>
To: <raai@my-malaysia.com>
Cc: <fir83@hotmail.com>
Subject: assalamualaikum
Date: Sat, 6 Jan 2001 00:41:44 +0800
Attachments: msg2.html


Assalamualaikum,saya ingin bertanya beberapa soalan:

1. Apakah skala aperture dan shutter speed bagi sebuah kamera astamatik kerana pada kamera tersebut tiada gelang aperture dan dail shutter shutter?

2. Apakah kelebihan dan kekurangan antara kamera astamatik dan kamera SLR.

3. Bagaimanakah kita hendak guna teknik Bounce sedangkan flash terletak pada kamera. Sila jelaskan.

4. Kadangkala gambar yang diambil di tepi pantai menghasilkan bayang hitam di sekelilingnya kerana bacaan meter cahaya yang tidak betul. Bagaimana jika kita guna kamera astamatik untuk tangkap gambar itu kerana padanya tiada ditunjukkan meter cahaya?

5. Jika kita guna filem ISO 400, bolehkah ASA pada kamera ditukarkan kepada ISO 100 atau 200 dan apakah kesannya?


--------------------------------------------------------------------------------

Jawapan:

Kamera Astamatik (Compact Camera- {selepas ini diringkaskan menjadi CC saja}) merupakan kamera ringkas yang hanya menggunakan sebahagian sahaja komponen kamera SLR. Jika kamera SLR boleh ditanggalkan lens, kamera CC tidak boleh.

Namun sejak akhir tahun 90an sudah wujud kamera CC yang mempunyai ciri-ciri seperti zoomlens 35-135mm, 80-100mm dan sebagainya. Reka bentuknya sudah ditingkatkan dengan agak kemas, lasak, hanya untuk kegunaan amatur.. Kamera CC tidak mempunyai tempat letak flash, filter.

Kamera CC tidak mempunyai tempat laras Aperture, Shutter Speed. Kamera CC boleh memokus secara Auto Focus (AF).

1. Kamera CC tidak mempunyai gegelang Aperture, tapi mempunyai Aperture tetap yang distandardkan sahaja. Contohnya f3.5 atau f5.6 saja. Begitu juga Shutter Speed tidak ada butang yang mengawalnya kerana kamera CC telah ditetapkan hanya satu Shutter Speed seperti 1/125 atau 1/250.

2. Tidak banyak kelebihan kamera CC jika dibandingkan dengan SLR Kerana SLR lebih banyak peranan untuk kerja-kerja Professional atau komersial. Sedang dalam industri senifoto Jurugambar Professional banyak menggunakan kamera View yang menggunakan filem lebih besar.

a. Kamera CC lebih banyak sesuai untuk amerture atau lebih tepat untuk hobi. Kerja-kerja serius tidak boleh dilakukan oleh CC. SLR boleh merakam gambar-gambar lebih komersial.

b. Kamera SLR lebih banyak gunanya untuk menghasilkan kerja-kerja serius seperti rakaman potrek di studio. Lensnya boleh ditukar ganti. Boleh menggunakan filter. Boleh menggunakan cahaya studio. Sememangnya SLR untuk kerja-kerja professional.

3. Teknik bounce tidak boleh diamalkan oleh kamera CC.

4. Gunakan flash.

5. Jangan amalkan mengubah ASA pada kamera jika ASA 400 gunakan 400. Jika kamera SLR anda membeli ASA 400 dan meletakkan set pada 100/200 gambar anda akan over. Jika menggunakan ASA 400 diletakkan pada 1000 bila dihantar untuk proses sila maklumkan pada makmal (bukan kedai biasa- sebab teknik ini tidak diamalkan)bahawa anda menggunakan push-up. Kamera CC sudah ada pengawal ASA pada kameranya ditempat letak filem. Jika anda menggunakan ASA 400 kamera akan beroperasi sebagai ASA 400. Jika mahu menggunakan ASA 400 gunakan 400. Jurufoto Professinal tidak selalu mengamalkan perkara ini. Kerana ASA 400 untuk penghasilan ASA 400.

Sebagai rumusan, SLR masih mendahuli CC walaupun sudah ada kamera CC yang menggunakan teknik digital dengan resolusi pecxel 2.3 juta dan kemampuan lensnya hingga boleh merakam sedekat 4cm; tapi SLR masih mendahului kerana boleh dipelbagaikan Harga sebuah kamera SLR digital ialah sekitar RM 18,000 ~ RM24,000

Tepuk dada tanya keperluan. Bukan tepuk dada tanya selera. Gunakan kamera hanya sesuai keperluan. Apa faedahnya membeli kamera yang mahal sedangkan keperluannya tidak selalu. Saya mencadangkan karyawan foto mengamalkan kreativiti yang sihat untuk hasil foto terbilang.

1 Julai 2001; tahpermai.